Pembahagian politik Amerika_Syarikat

Amerika Syarikat ialah sebuah kesatuan persekutuan 50 negeri. 13 negeri asal merupakan pewaris 13 koloni yang memberontak pemerintahan British. Pada awal sejarah negara, tiga negeri baru terhasil dalam wilayah yang dipecahkan daripada tuntutan negeri-negeri sedia ada, iaitu: Kentucky dari Virginia; Tennessee dari Carolina Utara; dan Maine dari Massachusetts. Kebanyakan negeri-negeri lain dibuka dalam wilayah yang diperoleh menerusi peperangan atau pembelian oleh kerajaan AS. Vermont, Texas, dan Hawaii pula pernah menjadi republik bebas sebelum menganggotai kesatuan. Ketika Perang Saudara Amerika, Virginia Barat berpecah dari negeri Virginia. Semua negeri tidak berhak untuk berpisah dari kesatuan.

Hampir seluruh daratan AS diduduki oleh negeri-negerinya; selebihnya dilingkungi oleh Daerah Columbia, daerah persekutuan yang mana terletaknya ibu negara, Washington; dan Atol Palmyra, sebuah wilayah gabungan yang tiada penduduknya di Lautan Pasifik. AS juga memiliki lima wilayah seberang laut utama, iaitu: Puerto Rico dan Kepulauan Virgin Amerika Syarikat di Karibia; dan Samoa Amerika, Guam, dan Kepulauan Mariana Utara di Lautan Pasifik. Sesiapa yang lahir di wilayah-wilayah utama tersebut (kecuali Samoa Amerika) memegang kewarganegaraan AS. Warga AS yang tinggal di wilayah-wilayah tersebut diberikan kebanyakan hak dan tanggungjawab yang sama dengan yang tinggal di negeri-negeri, cuma mereka mungkin dilepaskan daripada cukai pendapatan persekutuan, tidak boleh mengundi presiden, ataupun hanya mempunyai perwakilan tanpa kuasa undi di Kongres.[47]

Rujukan

WikiPedia: Amerika_Syarikat http://adage.com/digital/article?article_id=116136 http://www.airforce-magazine.com/MagazineArchive/M... http://www.bp.com/liveassets/bp_internet/globalbp/... http://www.britannica.com/EBchecked/topic/616563/U... http://www.cbsnews.com/stories/2010/07/01/national... http://www.cheskin.com/view_news.php?id=2 http://www.clearlycultural.com/geert-hofstede-cult... http://www.dinsdoc.com/butler-1.htm http://dsc.discovery.com/convergence/supervolcano/... http://www.emarketer.com/Article.aspx?R=1004830